[41]
Dan
ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang,
maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk
RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang
miskin, serta ibnus-sabil
(orang musafir yang keputusan), jika
kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami
(Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari
Al-Furqaan", iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir,
di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[42]
(Iaitu) ketika kamu berada di tepi
lembah yang dekat (ke Madinah) dan mereka (pihak musuh) berada di tepi lembah
yang jauh (dari Madinah), sedang Kafilah (pembawa dagangan musuh) berada di tempat yang
rendah dari tempat kamu (di tepi laut). Dan kalaulah kamu berjanji (dengan
mereka mengenai peperangan itu) nescaya kamu akan berselisih pada menentukan
harinya. Akan tetapi (pertemuan angkatan kamu dengan angkatan mereka yang tidak
disangka-sangka itu) ialah supaya Allah melakukan suatu perkara (kemenangan
Islam) yang telah ditetapkan berlakunya, iaitu supaya orang (kafir musyrik)
yang binasa itu, binasa dengan keterangan (yang membuktikan kesalahannya), dan
supaya orang (Islam) yang hidup itu, hidup dengan keterangan (yang membuktikan
kebenarannya); kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[43]
(Ingatlah wahai Muhammad) ketika Allah
memperlihatkan mereka kepadamu dalam mimpimu sedikit bilangannya; dan kalaulah
Ia perlihatkan mereka kepadamu ramai bilangannya, tentulah kamu akan merasa
gerun dan tentulah kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan (perang) itu. Akan
tetapi Allah telah menyelamatkan
kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
[44]
Dan (ingatlah) ketika Kami
memperlihatkan mereka kepada kamu (wahai umat Islam) semasa kamu bertemu dengan
mereka: sedikit bilangannya pada pandangan mata kamu, dan kamu pula
diperlihatkanNya: sedikit bilangannya pada pandangan mata mereka; kerana Allah
hendak melakukan sesuatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan
berlakunya. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
[45]
Wahai
orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh)
maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah
Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
[46]
Dan taatlah kamu
kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak
nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah
(menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta
orang-orang yang sabar.
[47]
Dan janganlah kamu menjadi seperti
orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan
menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang
ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari
jalan Allah dan (ingatlah) Allah
Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.
[48]
Dan (ingatlah)
ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan
diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada
hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat
manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan
penolong kamu". Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan
kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke
belakang sambil berkata: "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat
melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada
Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".
[49]
(Ingatlah) ketika orang-orang munafik
dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata:
"Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan
oleh ugama mereka (sehingga mereka
berani menentang kami yang lebih besar bilangannya)". Dan (yang
sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin,
maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar
bilangannya), kerana Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[50]
Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau
melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa
orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata):
"Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar".
[51]
(Azab seksa) yang demikian itu ialah
disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri, kerana
sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. [52]
(Keadaan
orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-
orang yang terdahulu dari mereka. Mereka
kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab
dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.
[53]
(Balasan) yang
demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu
nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
apa
yang ada pada diri mereka
sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi
Maha Mengetahui.
[54]
(Keadaan mereka) samalah seperti keadaan
Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka
mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu Kami binasakan mereka dengan sebab
dosa-dosa mereka, dan Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut- pengikutnya (di
laut), kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.
[55]
Sesungguhnya
sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi (hukum dan ketetapan) Allah ialah
orang-orang yang kafir (yang degil dengan kekufurannya). Sebab itu mereka
tidak (mahu) beriman.
[56]
(Iaitu)
orang-orang yang engkau telah mengikat perjanjian setia dengan mereka, kemudian
mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali, sedang mereka tidak
mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu).
[57]
Oleh itu, jika
engkau menemui mereka dalam peperangan maka hancurkanlah mereka (supaya dengan
itu) orang-orang yang di belakang mereka (gerun gentar); mudah-mudahan
orang-orang itu pula beringat (insaf).
[58]
Dan jika engkau
mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian
setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara
terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.
[59]
Dan janganlah orang-orang
yang kafir itu menyangka (bahawa) mereka telah terlepas (dari kekuasaan dan
balasan Kami); sesungguhnya mereka tidak akan dapat melemahkan (kekuasaan
Kami).
[60]
Dan sediakanlah untuk menentang mereka
(musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan
yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia,
untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta
musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah
mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan
disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
[61]
Dan
jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta
bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.
[62]
Dan jika mereka bertujuan hendak
menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan
perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan
dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.
[63]
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di
antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta
benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di
antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati)
mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[64]
Wahai Nabi,
cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari
orang-orang yang beriman.
[65]
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang
yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar,
nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir
itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat
menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir
itu)
orang-orang yang tidak mengerti.
[66]
Sekarang Allah
telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia
mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu
seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang;
dan jika ada di
antara kamu seribu orang, nescaya
mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin
Allah. Dan (ingatlah) Allah
beserta orang-orang yang sabar.
[67]
Tidaklah patut
bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh
sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak
kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah),
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[68]
Kalaulah tidak
(kerana) adanya ketetapan dari Allah yang
telah terdahulu, tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar disebabkan
(penebus diri) yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu.
[69]
Maka
makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam peperangan) itu, sebagai benda
yang halal lagi baik, serta bertaqwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[70]
Wahai Nabi, katakanlah kepada
orang-orang tawanan yang ada dalam tangan kamu: "Jika Allah mengetahui ada
kebaikan (iman) dalam hati kamu, nescaya Ia akan memberi kepada kamu (balasan)
yang lebih baik daripada (harta benda penebus diri) yang telah diambil dari
kamu, dan Ia akan mengampunkan dosa kamu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi
maha Mengasihani.
[71]
Dan jika mereka (orang-orang tawanan
itu) bertujuan hendak melakukan khianat kepadamu, maka sesungguhnya mereka
telahpun melakukan khianat kepada Allah (dengan kekufuran mereka) sebelum itu,
lalu Allah menjadikan (engkau) mengalahkan
dan menundukkan mereka; kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[72]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman
dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan
Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan
(kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi
penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang
beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk
membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan
kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah
kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah
Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.
[73]
Dan orang-orang yang kafir, setengahnya
menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat
Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang
diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan
berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.
[74]
Dan orang-orang yang beriman dan
berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela
Islam), dan orang-orang (Ansar)
yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada
orang-orang
Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-
benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.
[75]
Dan orang-orang yang beriman
sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad
bersama-sama
kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang
mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang
(lain) menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu.
At-Taubah
[1]
(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab
(pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik
yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka).
[2]
Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum
musyrik) bergerak di muka bumi (dengan
bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari
(azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang
yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat).
[3]
Dan inilah perisytiharan dari Allah dan
RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan)
pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya
memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu
(wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi
kamu; dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak
akan dapat melepaskan diri dari
(azab seksa) Allah. Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir
(bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya.
[4]
Kecuali mereka yang kamu mengikat
perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak
mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun, dan mereka tidak menolong seorangpun
yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka
sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang bertaqwa.
[5]
Kemudian apabila habislah (masa)
bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang- orang musyrik itu di mana
sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta
tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka
bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat,
maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.
[6]
Dan jika seseorang dari kaum
musyrik meminta perlindungan kepadamu
(untuk memahami
Islam), maka berilah perlindungan
kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-
keterangan Allah
(tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia
beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak
mengetahui (hakikat Islam).
[7]
Bagaimanakah
dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi
orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)?
Kecuali orang-orang (musyrik) yang
kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. Maka
selagi mereka berlaku lurus terhadap
kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang bertaqwa.
[8]
Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian
kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka
tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan
menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya
dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka
adalah orang-orang yang fasik.
[9]
Mereka
menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi
(dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya
apa yang mereka telah kerjakan.
[10]
Mereka tidak
menghormati pertalian kerabat dan perjanjian terhadap orang-orang yang beriman,
dan merekalah orang-orang yang menceroboh.
[11]
Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari
kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu
adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan
Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui.
[12]
Dan jika mereka mencabuli sumpahnya
sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela ugama kamu, maka
perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana
sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti
(dari kekufuran dan bertaubat).
[13]
Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum
yang telah mencabuli sumpah janjinya,
dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan merekalah juga
yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga
kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti
(melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman?
[14]
Perangilah
mereka, nescaya Allah akan menyeksa
mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka
serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang
yang beriman.
[15]
Dan Ia juga akan
menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan
menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya;
dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[16]
Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan
dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada
Allah (sebagaimana yang diketahuiNya)
orang-orang
yang berjihad di
antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk
mencurahkan rahsia kepada mereka),
selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan
(ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.
[17]
Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik
itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi
(mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang
yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka.
[18]
Hanyasanya yang layak memakmurkan
(menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang- orang yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan
tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut)
maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. [19]
Adakah kamu
sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang
mengerjakan
Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah?
Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak
memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
[20]
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman
dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa
mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada
orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang
memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
[21]
Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka
dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh
di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. [22]
Mereka kekal di
dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya
pahala yang besar.
[23]
Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-
saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur
dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka
orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim.
[24]
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-
saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga
kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan
merosot, dan rumah-
rumah tempat tinggal yang kamu sukai, -
(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada
Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah
sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak
akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
[25]
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu
mencapai kemenangan dalam banyak medan- medan perang dan di medan perang
Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai;
maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun;
dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu;
kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.
[26]
Kemudian Allah
menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang- orang
yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia
menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan
yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.
[27]
Kemudian Allah
menerima taubat orang-orang yang dikehendaki
(dengan memberi taufiq untuk memeluk Islam), sesudah (orang-orang kafir itu
ditimpakan dengan azab); dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
[28]
Wahai orang-orang yang beriman!
Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu
janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini; dan jika kamu
bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah
kurniaNya, jika dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.
[29]
Perangilah orang-orang yang tidak
beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula
tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak
berugama dengan ugama yang benar,
iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan
Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan
merendah diri.
[30]
Dan orang-orang
Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani
berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka
dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang
kafir dahulu; semoga Allah binasakan
mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
[31]
Mereka menjadikan pendita-pendita dan
ahli-ahli ugama mereka sebagai
pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih
ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan
Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah
dari apa yang mereka sekutukan.
[32]
Mereka hendak memadamkan cahaya
Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang
Allah tidak
menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir
tidak suka (akan yang demikian).
[33]
Dia lah yang
telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar
(ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang
lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
[34]
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya
banyak di antara pendita-pendita dan ahli- ahli ugama (Yahudi dan Nasrani)
memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi
(manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang
menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka
khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi
sakitnya.
[35]
(Iaitu) pada hari dibakar emas perak
(dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka,
dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka):
"Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu
rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.
[36]
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di
sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab
Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu
ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam
bulan-bulan yang dihormati itu
(dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya
sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah
beserta orang- orang yang bertaqwa.
[37]
Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan
itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran yang
menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya
pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka dapat
menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah
(berperang di dalamnya); dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah
diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah
(oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak
memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
[38]
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa
kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah
beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan
(dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu
lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah)
kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan
(kesenangan hidup) di akhirat kelak.
[39]
Jika kamu tidak
pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya),
Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia
akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat
mendatangkan
bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan
(ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[40]
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi
Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir
(di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang
dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata
kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah
bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi
Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak
melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah
(kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang
tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[41]
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk
berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah
bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan
berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu
pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu,
jika kamu mengetahui.
[42]
Kalau apa yang
engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah
didapati, dan satu perjalanan yang sederhana
(tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu;
tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan
bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah
kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka
membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya
mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
[43]
Allah
memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang
yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta?
[44]
Orang-orang yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk
(tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
[45]
Sesungguhnya
yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada
Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu
mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.
[46]
Dan kalaulah
mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan
persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu
dilemahkanNya
semangat mereka, dan dikatakan (oleh
Syaitan): "Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal".
[47]
Kalaulah mereka
keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan, dan
tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan)
hendak
menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada
orang yang suka mendengar hasutan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui
akan orang-orang yang zalim.
[48]
Sesungguhnya
mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi, dan mereka merancangkan
terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai tipu daya,
sehingga datanglah kebenaran, dan
nyatalah (kemenangan) ugama Allah (Islam), sedang mereka tidak suka kepadanya.
[49]
Dan di antara mereka (yang munafik itu)
ada yang berkata: "Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan
janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah ". Ketahuilah,
mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu). Dan sesungguhnya azab
Jahannam meliputi orang-orang yang kafir.
[50]
Jika engkau (wahai Muhammad) beroleh
sesuatu kebaikan, (maka) kebaikan itu menyebabkan mereka sakit hati; dan jika
engkau ditimpa sesuatu bencana, mereka berkata: "Sesungguhnya kami
telahpun mengambil keputusan (tidak turut berperang) sebelum itu", dan
mereka berpaling (meninggalkanmu) sambil mereka bergembira.
[51]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak
sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan
Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan
itu) maka kepada Allah jualah
hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".
[52]
Katakanlah: "(Sebenarnya) tidak ada
yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang
sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid); dan kami menunggu-nunggu
pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya,
atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga
menunggu bersama-sama kamu".
[53]
Katakanlah:
"Dermakanlah harta kamu sama ada dengan sukarela atau kerana terpaksa,
tidak sekali-kali akan diterima daripada kamu, (kerana) sesungguhnya kamu
adalah orang-orang yang fasik".
[54]
Dan tidak ada yang menghalangi mereka,
untuk diterima derma-derma mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah
dan RasulNya, dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan
keadaan malas dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan
perasaan benci.
[55]
Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati
kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan
dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan
kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).
[56]
Dan mereka (yang munafik itu)
bersumpah dengan nama Allah bahawa sesungguhnya
mereka dari
golongan kamu, padahal mereka bukanlah dari golongan kamu, tetapi mereka ialah
suatu kaum yang pengecut.
[57]
Kalau mereka
dapat tempat perlindungan, atau gua-gua, atau lubang-lubang dalam tanah,
nescaya mereka segera menuju ke arahnya serta melompat masuk ke dalamnya.
[58]
Dan di antara mereka ada yang mencelamu
(wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika
mereka diberikan sebahagian daripadanya (menurut kehendak mereka), mereka suka
(dan memandangnya adil); dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu
(menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah.
[59]
Dan (amatlah
baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan
RasulNya kepada mereka, sambil mereka berkata: "Cukuplah Allah bagi kami;
Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya;
sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah"
[60]
Sesungguhnya sedekah-sedekah
(zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang- orang miskin, dan
amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya,
dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang
berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir
(yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah)
sebagai satu ketetapan (yang datangnya)
dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[61]
Dan di antara mereka (yang munafik itu)
ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia
(Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang
didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik
bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula
menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan
orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak
terperi sakitnya.
[62]
Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama
Allah untuk mendapat keredaan kamu, padahal Allah dan RasulNya jualah yang
lebih berhak mereka mendapat keredaanNya, jika betul mereka orang-orang yang
beriman.
[63]
Tidakkah mereka
mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan
RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di
dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar
[64]
Orang-orang munafik itu takut kalau
diturunkan satu surah Al-Quran yang menerangkan kepada mereka (dan kepada
ramai) akan apa yang ada dalam hati mereka (dari kekufuran). Katakanlah (wahai
Muhammad): "Ejek-ejeklah (seberapa yang kamu suka), sesungguhnya Allah
akan mendedahkan apa yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai)"
[65]
Dan jika engkau bertanya kepada mereka
(tentang ejek-ejekan itu) tentulah
mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan
bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya
serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"
[66]
Janganlah kamu berdalih (dengan
alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu
(melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka
bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-
orang yang terus bersalah.
[67]
Orang-orang munafik lelaki dan
perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka
masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka
pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak
menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan)
mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.
[68]
Allah menjanjikan orang-orang munafik
lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka
kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa
yang kekal.
[69]
(Nasib kamu hai
orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang
telah dibinasakan), mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak
pinak daripada kamu; seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian
mereka; maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu sebagaimana
orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya; dan kamu
pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka
memperkatakannya. Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat,
dan merekalah orang-orang yang
rugi.
[70]
Bukankah telah datang kepada mereka
berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad
dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim, dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri
yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul
mereka dengan membawa keterangan yang
jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan
mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang
menganiaya diri sendiri.
[71]
Dan orang-orang
yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi
setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada
berbuat kejahatan; dan mereka
mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi
rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[72]
Allah menjanjikan orang-orang
yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-
syurga
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam
"Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan
yang besar.
[73]
Wahai Nabi,
berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak
keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam,
dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
[74]
Mereka bersumpah
dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk
terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan
mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk
melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu). Dan
tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan
RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika
mereka bertaubat, mereka akan beroleh
kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan
azab
seksa yang tidak terperi sakitnya di
dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini,
yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong. [75]
Dan di antara
mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya
jika Allah
memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan
tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh"
[76]
Kemudian setelah
Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta
mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang
sentiasa membelakangkan (kebajikan).
[77]
Akibatnya Allah menimbulkan perasaan
munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah,
kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga
kerana mereka sentiasa berdusta.
[78]
Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah
sentiasa mengetahui apa yang mereka rahsiakan
serta apa yang mereka bisikkan, dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan
perkara- perkara yang ghaib?
[79]
Orang-orang (munafik) yang mencela
sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka
berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan
apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar
kemampuannya, serta
mereka mengejek-ejeknya, - Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi
mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[80]
(Orang-orang
manufik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak
meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka
Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka; yang demikian itu, kerana mereka
telah kufur kepada Allah dan RasulNya; dan Allah tidak
akan memberi hidayah petunjuk
kepada kaum yang fasik.
[81]
Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan
(tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang
Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan
harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan
mereka pula (menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar
beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini". Katakanlah (wahai
Muhammad): "Api neraka Jahannam lebih panas membakar", kalaulah
mereka itu orang-orang yang memahami.
[82]
Oleh itu
bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak
(di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.
[83]
Maka jika Allah mengembalikan engkau
kepada segolongan dari mereka (orang-orang yang munafik itu di Madinah),
kemudian mereka meminta izin kepadamu untuk keluar (turut berperang), maka katakanlah: "Kamu tidak sekali-kali
akan keluar bersama-samaku selama- lamanya, dan kamu tidak sekali-kali akan
memerangi musuh bersama-samaku;
sesungguhnya kamu telah bersetuju tinggal pada kali yang pertama, oleh itu
duduklah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal".
[84]
Dan janganlah
engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu
selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana
sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati
sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).
[85]
Dan janganlah
engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana)
sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengannya di dunia, dan hendak
menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka dalam keadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).
[86]
Dan apabila diturunkan satu surah
Al-Quran (yang menyuruh mereka): "Berimanlah kamu kepada Allah, dan
berjihadlah bersama-sama dengan RasulNya", nescaya orang-orang yang kaya
di antara mereka meminta izin kepadamu dengan berkata: "Biarkanlah kami tinggal bersama-sama
orang-orang yang tinggal (tidak turut berperang)".
[87]
Mereka suka tinggal bersama-sama
orang-orang yang ditinggalkan (kerana uzur), dan (dengan sebab itu) hati mereka
dimeteraikan atasnya, sehingga
mereka tidak dapat memahami sesuatu.
[88]
(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah
dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa
mereka; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan, dan mereka itulah
juga yang berjaya.
[89]
Allah telah
menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
[90]
Dan datanglah pula orang-orang yang
menyatakan uzurnya dari orang-orang "A'raab", memohon supaya mereka
diizinkan (tidak turut berperang), sedang orang-orang (munafik di antara
mereka) yang mendustakan Allah dan RasulNya, duduk (mendiamkan diri). (Oleh
itu) orang-orang yang kafir di antara mereka, akan dikenakan azab seksa yang
tidak terperi sakitnya.
[91]
Orang-orang yang lemah dan orang-orang
yang sakit, dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan
dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila
mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun
bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[92]
Dan tidak juga berdosa orang-orang yang
ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada
mereka, engkau berkata: "Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan
untuk membawa kamu", mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata
yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang
hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah).
[93]
Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan dan mengenakan
seksa) hanyalah terhadap orang- orang yang meminta izin kepadamu sedang mereka
kaya dan mampu. Mereka suka tinggal bersama-sama orang yang ditinggalkan
(kerana uzur) dan (dengan sebab itu) Allah meteraikan atas hati mereka,
sehingga mereka tidak dapat mengetahui (perkara yang baik).
No comments:
Post a Comment